CERITA TENTANG FILM PADU
PADU ADALAH FILM YANG MENCERITAKAN TENTANG OLAHRAGA DRAMA MALAYSIA DI TAHUN 2024 KISAH NYATA TIM BOLA BASKET PUTRI MALAYSIA YANG MERAIH KEMENANGAN DI SEA GAMES 2015 DI SINGAPURA. FILM INI DI SUTRADARAI OLEH FAISAL ISHAK DAN DI BINTANGIN OLEH THANUJA ANANTHAN,FIFY AZMI DAN LAINNYA.
Filem arahan Faisal Ishak ini menampilkan Izzati Yaakob (Fify Azmi), Mulan (Jojo Goh), Kalaimathi Rajintiran (Thanuja Ananthan) dan Jurulatih Yoong (Lim Mei Fan).
Lebih istimewa lagi, Filem Padu turut menggambarkan peristiwa benar ketika perjalanan Pasukan Harimau Malaysia dalam Sukan Sea 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia, dan Sukan SEA 2015 di Singapura.
Malah, mereka turut memaparkan peristiwa penting yang berlaku dalam sukan bola keranjang antarabangsa seperti pemansuhan larangan berhijab yang diinspirasikan oleh Pasukan Wanita Qatar ketika Sukan Asia 2014.
Menurut Faisal, dia turut menyelitkan beberapa watak fiksyen bagi menghidupkan lagi jalan cerita filem biopik ini.
Malah, para pelakon yang terlibat turut berpeluang untuk berjumpa dengan pemain sebenar supaya watak yang dijayakan mampu meninggalkan kesan kepada penonton.
Tambah Faisal, setiap pelakon diberikan tempoh selama tiga bulan untuk mengenali setiap atlet dengan lebih rapat termasuklah menguasai skil bermain bola keranjang secara profesional.
Menurut Fify yang menjayakan watak sebagai Kapten Izzati, antara cabaran yang dihadapi oleh setiap barisan pelakon yang terlibat adalah mereka tidak mempunyai latar belakang bermain bola keranjang
Dalam pada itu, Thanuja yang memainkan watak sebagai Kalai turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada atlet pasukan itu kerana sudi memberikan tunjuk ajar demi membuat setiap watak yang dijayakan lebih hidup.
Comments
Post a Comment